Tuesday, 18 November 2014

Akuarium FRI, Batu Maung, Penang

Akuarium Tunku Abdul Rahman

Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) juga dikenali dengan nama Akuarium Tunku Abdul Rahman. Terletak di Batu Maung, Pulau Pinang, berdekatan dengan War Museum Batu Maung.Sesuai untuk membawa anak-anak melawat ke sini selain daripada makan angin, boleh menambah ilmu mengenai hidupan akuatik di sini.



Akuarium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari rabu, dari pukul 10am hingga 5pm..  tiket masuk juga amat murah iaitu rm1.50 bagi rombongan sekolah. Kanak-kanak sekolah rendah rm2 manakala dewasa pula hanya rm5. Tiket percuma kepada kanak-kanak bawah 7 tahun, oku, dan warga emas.

Sekiranya berada di Penang, bolehlah datang melawat ke akuarium ini jika berminat untuk melihat pelbagai jenis ikan air tawar dan masin. Selain itu di sini juga ada ditempatkan rangka ikan paus yang telah diawetkan. Ikan masin tak ada okey..

Paling best semasa melawat akuarium ini adalah melihat telatah anak penyu yang berenang penuh susah payah. Sangat comel.. Terdapat juga ikan kerapu yang sangat besar, ikan jerung, belut laut, landak laut, dan banyak lagi.

Pengunjung yang ingin mendapatkan lebih informasi, bolehlah menonton tayangan dokumentari yang disediakan di sana.


Ikan arowana @ kelisa

Garangnya muka
Ikan toman
Ikan kecil warna oren
Ikan kecil warna biru

Anak penyu yang sangat comel

Bersama-samalah kita menyemai rasa tanggungjawab menjaga flora dan fauna terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil. Menjaga kebersihan laut dan sungai kita supaya hidupan akuatik ini boleh terus hidup sihat dan tidak pupus pada masa hadapan. Jika tidak, kita hanya boleh melihat haiwan-haiwan akuatik ini di akuarium sahaja kelak. 

P/s : tak banyak gambar ikan sebab ikan tak pandai duduk diam. Haha..

Jalan-jalan Bukit Bendera, Penang

Sapa mai Penang tak p Bukit Bendera tak sah na. Hari tu nak p naik Bukit Bendera, kereta kabel rosak. Lani depa tukaq cable car baru, laju baq hang...Tudia, dan-dan keluaq utagha piaw..
Ni dia tiket cable car

Tiket untuk dewasa warganegara Malaysia rm8, pergi dan balik, jadi simpan tiket tu elok-elok sebab nanti depa akan scan tiket sebelum naik kereta kabel tu.
Ramai juga pengunjung walaupun bukan pada waktu cuti

Cantik pemandangan di atas Bukit Bendera. Rambang mata bila tengok pokok bunga yang cantik-cantik. Hati pun berbunga-bunga, macam kera dapat bunga. Sempat jugalah diambil biji benih petunia yang dah kering. Hihi.. maafkan saya.
Bunga kebangsaan kita




Masa tu cuaca agak mendung, jadi sejuk la sikit atas tu. Boleh feeling-feeling macam luar negara.

Ada juga teropong kalau nak skodeng Penang, cuma sediakan duit rm1 je banyak-banyak. Hihi..
Tempat teropong.. jom skodeng mak tengah sidai baju kat rumah

Tangkap gambar guna henpon cap ayam pun cantik juga


Walaupun cuaca mendung, pemandangan tetap indah

Bukit Bendera yang banyak bendera

Owl museum dan restoren di atasnya


Di atas Bukit Bendera ini juga terdapat Muzium Burung Hantu, restoren, dan gerai-gerai jualan cenderamata. Tapi yang paling menarik perhatian adalah tempat orang kuncikan mangga cinta mereka. Haha.. kau kunci cintaku di Penang hill..
Kata-kata cinta terkunci rapi

Pedai ayam cinta bukit bendera

Disana juga ada sebuah kuil hindu yang agak popular, ramai masyarakat india naik sembahyang. Masjid juga disediakan bagi memudahkan orang islam bersolat.

Rasa nak pergi naik lagi lain kali, tapi kali ni nak jungle trekking pula. Badan sihat otak cerdas.. Okbai..