Thursday 12 February 2015

Babak sedih pada satu hari..
Tiba-tiba rasa sebak, dalam hati ada taman. Maka lahirlah puisi puitis meleleh sebagai pedoman. Haha.. lama dah tau update blog, tapi sebab perasaan marah, hiba, sedih, campur baur, menyebabkan sel-sel otak menjadi seorang penyajak.


Ku mengukir sekumtum senyuman
Walau hati gundah tiada keruan
Tiada lagi daya ingin melawan
Diri hanya sendiri tanpa berteman
Kadang kala sedar terlupa tuhan
Kerana diri ini sekerdil insan
Hidup sentiasa menerima ujian...

Hati kecil minta bertahan
Walau hakikat rapuh perlahan
Menunggu masa turunnya hujan
Diangkat terus mara ke depan
Semoga berjaya hari kemudian..

Bila salah buat percaturan
Menoleh kiri memandang ke kanan
Tiada siapa mampu meringankan dugaan
Hanya doa jadi ku jadikan taruhan.
............................................................................................................


Aku sertakan sekali doa untuk melancarkan urusan seharian kita.. semoga menghadapi hidup dengan penuh positif dan tenang.
Walaupun doa ni rigkas, amalkan dengan yakin dan berserah pada Allah s.w.t memang mustajab. :)