Friday, 24 October 2014

Benci mexican petunia pink.


Pink mexican petunia-cantik tapi licik

Bunga ni ada yang jenis warna unggu dan merah jambu. Hari ni aku nak cerita pasal kegeraman aku terhadap mexican petunia warna pink.

Mula-mula tumbuh dengan sendiri tepi longkang rumah. Bagi aku Mexican petunia yang warna pink ni jahat sikit. Hah, ada pulak bunga yang jahat. Bunga pink ni cepat merebak. Memang la cantik, hari-hari keluar bunga. Siap ada jiran puji menjadi aku tanam bunga cantik tepi longkang. Padahal tumbuh sendiri.



Hati-hati jangan sampai tergoda dengan kecantikkannya.

Bunga mexican petunia pink tumbuh meliar dengan sendirinya. Paling aku tak suka, dia ada biji benih. Biji benih yang matang akan meletup, berterbangngan merata biji benihnya. Habis masuk dalam pasu bunga aku yang lain.

Bila biji benih mula tumbuh aku biarkan sebab nampak cantik. Akibat tergoda dengan kecantikan bunga tulah, banyak pokok bunga asal dalam pasu aku mati. Mexican petunia cepat membesar, akar dia pula sangat panjang, serabut, berselirat memenuhi pasu dengan cepat.

Aku pun google la pasal bunga ni jahat sangat. Rupa-rupanya di Florida, sudah melarang penanaman bunga ni sebab dia akan mengambil alih dan memusnahkan habitat bunga-bunga semulajadi yang lain. Lama kelamaan, dia akan mengambil alih kawasan tanaman dan memusnahkan tumbuhan yang lain. Lebih kurang macam isreal ambik palestine lani..

Aku pun mulakan operasi membuang, mencabut semua pokok bunga mexican petunia yang warna pink tu. Walaupun kena marah dengan mak aku sebab buang bunga cantik.

Akar pokok ni sangat la kuat. Sampai terduduk, aku jatuh sebab menarik akar dia. Dilongkang, dalam pasu semua aku bersihkan. Tapi tak lama lepas tu, tumbuh balik anak-anak pokoknya.

Menurut Florida native plant society, di Florida mereka telah menyenaraikan tumbuhan ini sebagai tanaman perosak. FNPS juga mengatakan bahawa biji benih pokok ni boleh tahan selama bertahun-tahun dalam tanah. Matilah aku kena mencabut anak pokok tu selalu, takut dia besar nanti hasilkan biji benih baru pulak.

Mexican petunia pink lebih bersifat invasive, mengambil alih kawasan berdekatan dengannya dengan cepat. Sifat dia yang lasak, boleh hidup walau celah-celah batu, simen atau diluar pasu.

Tapi, mexican petunia warna purple, baik sikit dari yang warna pink. Sebab tak ada biji benih. Boleh dicambah dengan keratan batang dan anak pokok. Entry yang akan datang aku akan ceritakan mengenai purple mexican petunia pulak.

Layari blog Florida native plant society untuk  maklumat yang lebih mengenai mexican petunia: http://fnpsblog.blogspot.com/

p/s: selamat mencabut rumput rumpai mecixan petunia pink kepada sesiapa yang taman dia sudah dijajah.

1 comment:

  1. Saya tnam petunia pink.. Bru nk jink2 berbunga.. Xtau pulk smpi ia jdi perosak tnmn y lain.. Tpi sgt cntik.. X smpi hti nk mbuang.. Sebb blum nmpk kejhtnnye..

    ReplyDelete