Thursday, 23 October 2014

Halal test. Berita baik buat umat islam

Sebelum ini masyarakat islam di Malaysia digemparkan dengan isu coklat cadbury yang mengandungi dna babi. Ramailah yang marah dan memboikot, termasuklah aku si hantu coklat. Walaupun sudah diuji buat kali kedua dan disahkan bebas dari dna babi, aku tetap memboikot kerana masih was-was. Jadi bila mengidam coklat, belilah jenama lain. Harga cadbury pulak turun jadi murah sikit, aku tetap memandang sahaja dari kejauhan. Huhu..
Halal test. Sumber dari Dr.google

Namun, berita baik tadi aku dengar di berita tv9, pasal Halal Test. Halal test adalah kit ujian halal yang boleh digunakan pada sebarang makanan. Menurut penciptanya Abderrahman Chaoui dan Jean-Francois Julien, kit ujian akan menunjukkan dua garisan merah jika makanan yang diuji mengandungi dna babi atau alkohol.  Jika hanya muncul satu garisan merah, bermakna makanan tersebut bebas daripada kedua-dua bahan tersebut.



Awak comel.. nasib baik saya tak makan awak.
Wah.. amat mudah seperti ujian kertas litmus disekolah dan lebih kurang macam pregnancy test kit. Jadi kepada siapa yang was-was, bolehlah menguji sendiri taraf halal makanan anda. Amat berguna terutama bila melancong ke luar negara.

Halal test ini juga boleh digunakan untuk menguji bukan sahaja makanan, tetapi boleh juga diguna untuk minuman, produk kosmetik, dan ubat-ubatan. Menurut Abderrahman, pengguna hanya perlu mengambil bahan yang hendak diuji dan diletakkan sedikit air panas dan kit ujian, tunggu sehingga garisan terhasil pada kit.

Kedua-dua pencipta ini yang berasal dari Perancis, akan menambahbaik halal test pada masa hadapan. Harapan mereka adalah untuk menghasilkan test kit yang boleh mengenalpasti cara penyembelihan mengikut syariah atau tidak berdasarkan oksigen dalam darah daging. Didoakan semoga mereka berjaya melahirkan produk baru untuk memudahkan umat islam.

Diharapkan produk ini akan cepat diimport ke Malaysia. Bolehlah kita uji sendiri makanan kita tanpa perlu bergantung kepada pihak berkuasa sahaja.

p/s: hari ni bercerita pasal dog and pig saja. Kebetulan betul.

No comments:

Post a Comment