Wednesday 22 October 2014

Sebab wujudnya kukuberinai

Hari ni, hari kelahiran blog kukuberinai.. seorang yang sgt suka membaca blog, terasa nak mengasah bakat menulis, disamping dapat berkongsi idea, pendapat, ilmu, pengalaman dan macam-macam lagi. Cik kuku ni seorang yang banyak cakap, jadi blog ini akan menjadi tempat untuk meluahkan apa sahaja yang nak dicakapkan. Bukanlah forever alone, cumanya dah kesian dengan kawan-kawan yang sentiasa mendengar cik kuku ni bercerita. Mereka pun kadang-kadang dah malas melayan. Jadi beranakkanlah blog ini pula. Lagi senang, tulis apa sahaja, asal hati tenang. Hihi..

Mengapa kukuberinai? Sebabnya, sangat suka pakai inai, walaupun masih belum berkahwin. Hari raya pun pakai inai, tengok pokok inai depan rumah dah merimbun pun pakai inai, orang lain kahwin pun sibuk tumpang berinai, dapat pula kawan baik yang suka juga berinai. Inai merupakan hiasan kuku yang dibolehkan, apa salahnyakan.

Hobi sebenar adalah berkebun, menaman pokok bunga. Kemana sahaja pergi, mata memang akan cari pokok bunga. Kalau ke taman yang banyak pokok bunga, tangan gatal nak mencabut bawa balik tanam di rumah (maafkan saya, tak tertahan. Sekarang tak buat lagi) Sanggup berhabis duit di nurseri pokok, beli pasu, tanah, pokok bunga bagai. Minat menanam pokok bunga dari kecil lagi, tapi lepas tamat belajar, memang terus gila menanam. Orang yang mempunyai hobi macam ni, cara kita melihat pokok bunga tak sama dengan orang yang tak minat. Pada pandangan orang pokok tu biasa-biasa saja, tapi pada mata kita, cantikkknyaa, nak jugaakk.. haha..

Cik kuku kadang-kadang dilihat matang, serius, sombong (ramai kawan yang mula kenal cakap, lepas kenal baru tahu macam mana). Terkadang sangat bahagia, suka senyum, peramah dan pandai bagi orang ketawa. Kadang-kadang seperti komputer yang tenat, tak mampu memproses maklumat. Jadi apa yang ditulis dalam blog ini juga akan sama seperti tuannya. Kepada pembaca yang sudi membaca, terima kasih dan selamat berkongsi ilmu di dunia maya.. :)


No comments:

Post a Comment