Friday 24 October 2014

suka mexican petunia unggu

Mexican petunia depan rumah

Mexican petunia bukanlah tergolong dalam keluarga petunia. Tetapi mendapat nama tersebut sebab bunganya yang seakan-akan petunia. Bunga cantik warna unggu ni dikenali juga sebagai purple shower dan ruellia brittoniana. Sedap gila namanya.

Habitat asal bunga ni adalah dari mexico, carribean, dan amerika selatan. Bunga ni hidup subur dengan klimaks negara kita yang panas dan lembab.



Warna unggu yang sangat cantik

Daripada pemerhatian aku sendiri, mexican petunia purple ini tidak bersifat invasif atau memonopoli kawasan tanaman sepertu mexican petunia yang berwarna merah jambu. Mungkin disebabkan mexican petunia unggu ni tidak mempunyai biji benih. Kedua-dua pokok ini memang mempunyai ciri yang sama, tetapi ada sedikit perbezaan dari segi warna batang dan daun, dan semestinya warna bunga.
Meriah berbunga

Pokok ini sangat rajin berbunga, hari-hari akan mengeluarkan putik dan bunga yang baru. Bunganya pula mengembang segar pada waktu pagi, dan akan gugur pada sebelah petang.


Sifat mexican petunia yang mudah ditaman dan berbunga lebat, menjadikan bunga ini sebagai pilihan tanaman lanskap di tepi-tepi jalan, tanam-tanam, dan kediaman. Pokok ini dapat membesar kehingga satu ke tiga kaki tinggi.

Mexican petunia warna purple dirumah aku ni, aku ambil dari rumah kawan di Pahang ketika menghadiri kenduri kahwinnya beberapa tahun lepas. Masa bersiar-siar di bandar Kuatan juga boleh dilihat bunga ini dijadikan hiasan lanskap sekitar jalanraya.

Aku rajin keratkan batang pokok ni dan semai dalam polibeg, boleh juga cucuk ke tanah terus. Selepas 2 minggu, atau agak-agak akar sudah kuat tumbuh, aku alihkan ke tanah. Purple mexican petunia ni memang aku sayang sebab cantik dan mengindahkan halaman. Seronok bila tengok tiap-tiap pagi banyak bunga yang mekar.

Kawan mak yang datang ziarah ke rumah pun berkenan sebab dia kata, kalau datang saja mesti pokok ni berbunga. Jadi aku pun dengan rajinnya menyemai keratan batang dalam polibeg dan hadiahkan ke makcik tu. Haha..

p/s: aku suka bunga yang well behave je. Haha

2 comments: